Total Pageviews

Diari Perjalanan.......

Friday, January 7, 2011

Ipoh@76: CELAKA PUNYA PENYAMUN ( episod: 2 )

Petang Semalam..hampir-hampir barang dalam store kena curi lagi dgn penyamun, nasib baiklah ada jiran lalu depan store dan menyebabkan penyamun membatalkan hasrat mereka untuk menyamun...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua....tunggulah balasannya nanti.

p/s: dunia ini hanya sementara, buatlah perkara yang berfaedah.

Tuesday, January 4, 2011

Ipoh@76: MINYAK OH MINYAK

Sejak seminggu ini berita kekurangan bekalan minyak masak semakin kritikal ...

hendak dapat 1kilo pun kena pusing satu pekan..berbaloi ?
kalau ada pun dijual secara kuota ...berbaloi ?
ada pula peniaga mengenakan syarat perlu beli barang lain terlebih dahulu...berbaloi ?

Disuratkhabar pengilang menyatakan kilang beroperasi seperti biasa,pengeluaran seperti biasa, pengedaran seperti biasa dan semuanya seperti biasa lah...
Disuratkhabar juga kerajaan pula sibuk memberi jaminan bekalan mencukupi dan jgn membeli secara panik..dan harga minyak masak tidak dinaikan.

Semua ini taktik lama pengilang untuk menaikkan harga ..bukan salah pengguna yang membeli secara panik... fikir-fikirkan lah...

p/s: untung jadi orang minyak daripada menjadi tahi minyak...:)


Monday, January 3, 2011

Ipoh@76: CELAKA PUNYA PENYAMUN ( episod: 1 )

Apalah malang nasib hari ini, program siap diaturkan hari Jumaat lepas untuk menghantar balik barang recovered kpd maincon tetapi apakan daya barang yang sepatutnya dihantar balik hari ini didapati hilang...celaka punya penyamuun......
Habis rosak program aku hari ini...kerja pejabat terbengkalai semuanya. Habis semua orang sakit kepala memikirkan pekara ini...celaka punya penyamuun....
Kalau ade pekerja yang sakithati dengan syarikat buatlah pekara yang lebih berfaedah daripada mecuri..celaka punya penyamun..

apa boleh buat dah nasib badan....his..his..his..cobaan

Saturday, January 1, 2011

Sepetang Di Tanjung Dawai, Kedah



Bertarikh 01.01.11 tanpa dirancang saya sekeluarga telah sampai di Tanjung Dawai, Kedah melihat keindahan alam ciptaan tuhan.

Lokasi pertama Arked Tanjung Dawai, tingkat atas dikhususkan untuk jualan produk laut seperti ikan masin, ikan kering dan kalau tidak ada benda tidak sah masakan tersebut ..nak tahu apa kah dia ...datanglah kat Tanjung Dawai ini macam-macam ada dan harga boleh runding.

Tingkat bawah pula gerai makanan..menu special kat sini mee udang/laksa. Selepas berhabis duit kat arked tu....lepak pula di tepi pantai pekena angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa and tenangkan kepala dari masalah kerja.

Saya rasa terkilan sikit kerana tahap kebersihan agak kurang memuaskan (sampah-sarap). Diharap majlis tempatan dapat memantau masalah ini dan selesaikan ke tahap maksima, supaya pengujung pulang membawa cerita yang menarik.

Sunday, December 19, 2010

D'Pangkor 10





Bertarikh 26 - 28 Nov 10 family day bersama-sama keluarga mertua dan keluarga-keluarga ipar bercuti di Pulau Pangkor, Perak selama 3 hari 2 mlm, cuti-cuti Malaysia katakan... maby akan menjadi acara tetap setiap tahun. lokasi tahun depan belum di kenal pasti lagi tapi mendengar sumber yang belum disahkan ..lokasi percutian seterusnya di pantai timur....tunggu ajelah and simpan duit banyak-banyak...
Sedar tak sedar aku rupanya sudah lama aku tak jejak pulau pangkor hampir 18 tahun...lama tuuu..nama je orang ipoh.hehe.
tak ade idea nak cerita panjang..last sekali aku upload berapa keping gambar untuk tatapan.