Total Pageviews

Diari Perjalanan.......

Saturday, January 1, 2011

Sepetang Di Tanjung Dawai, Kedah



Bertarikh 01.01.11 tanpa dirancang saya sekeluarga telah sampai di Tanjung Dawai, Kedah melihat keindahan alam ciptaan tuhan.

Lokasi pertama Arked Tanjung Dawai, tingkat atas dikhususkan untuk jualan produk laut seperti ikan masin, ikan kering dan kalau tidak ada benda tidak sah masakan tersebut ..nak tahu apa kah dia ...datanglah kat Tanjung Dawai ini macam-macam ada dan harga boleh runding.

Tingkat bawah pula gerai makanan..menu special kat sini mee udang/laksa. Selepas berhabis duit kat arked tu....lepak pula di tepi pantai pekena angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa and tenangkan kepala dari masalah kerja.

Saya rasa terkilan sikit kerana tahap kebersihan agak kurang memuaskan (sampah-sarap). Diharap majlis tempatan dapat memantau masalah ini dan selesaikan ke tahap maksima, supaya pengujung pulang membawa cerita yang menarik.

No comments:

Post a Comment