Petang Semalam..hampir-hampir barang dalam store kena curi lagi dgn penyamun, nasib baiklah ada jiran lalu depan store dan menyebabkan penyamun membatalkan hasrat mereka untuk menyamun...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua....tunggulah balasannya nanti.
p/s: dunia ini hanya sementara, buatlah perkara yang berfaedah.
Friday, January 7, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Ipoh@76: MINYAK OH MINYAK
Sejak seminggu ini berita kekurangan bekalan minyak masak semakin kritikal ...
hendak dapat 1kilo pun kena pusing satu pekan..berbaloi ?
kalau ada pun dijual secara kuota ...berbaloi ?
ada pula peniaga mengenakan syarat perlu beli barang lain terlebih dahulu...berbaloi ?
Disuratkhabar pengilang menyatakan kilang beroperasi seperti biasa,pengeluaran seperti biasa, pengedaran seperti biasa dan semuanya seperti biasa lah...
Disuratkhabar juga kerajaan pula sibuk memberi jaminan bekalan mencukupi dan jgn membeli secara panik..dan harga minyak masak tidak dinaikan.
Semua ini taktik lama pengilang untuk menaikkan harga ..bukan salah pengguna yang membeli secara panik... fikir-fikirkan lah...
p/s: untung jadi orang minyak daripada menjadi tahi minyak...:)
Monday, January 3, 2011
Ipoh@76: CELAKA PUNYA PENYAMUN ( episod: 1 )
Apalah malang nasib hari ini, program siap diaturkan hari Jumaat lepas untuk menghantar balik barang recovered kpd maincon tetapi apakan daya barang yang sepatutnya dihantar balik hari ini didapati hilang...celaka punya penyamuun......
Habis rosak program aku hari ini...kerja pejabat terbengkalai semuanya. Habis semua orang sakit kepala memikirkan pekara ini...celaka punya penyamuun....
Kalau ade pekerja yang sakithati dengan syarikat buatlah pekara yang lebih berfaedah daripada mecuri..celaka punya penyamun..
apa boleh buat dah nasib badan....his..his..his..cobaan
Saturday, January 1, 2011
Sepetang Di Tanjung Dawai, Kedah
Bertarikh 01.01.11 tanpa dirancang saya sekeluarga telah sampai di Tanjung Dawai, Kedah melihat keindahan alam ciptaan tuhan.
Lokasi pertama Arked Tanjung Dawai, tingkat atas dikhususkan untuk jualan produk laut seperti ikan masin, ikan kering dan kalau tidak ada benda tidak sah masakan tersebut ..nak tahu apa kah dia ...datanglah kat Tanjung Dawai ini macam-macam ada dan harga boleh runding.
Tingkat bawah pula gerai makanan..menu special kat sini mee udang/laksa. Selepas berhabis duit kat arked tu....lepak pula di tepi pantai pekena angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa and tenangkan kepala dari masalah kerja.
Saya rasa terkilan sikit kerana tahap kebersihan agak kurang memuaskan (sampah-sarap). Diharap majlis tempatan dapat memantau masalah ini dan selesaikan ke tahap maksima, supaya pengujung pulang membawa cerita yang menarik.
Tingkat bawah pula gerai makanan..menu special kat sini mee udang/laksa. Selepas berhabis duit kat arked tu....lepak pula di tepi pantai pekena angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa and tenangkan kepala dari masalah kerja.
Saya rasa terkilan sikit kerana tahap kebersihan agak kurang memuaskan (sampah-sarap). Diharap majlis tempatan dapat memantau masalah ini dan selesaikan ke tahap maksima, supaya pengujung pulang membawa cerita yang menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)